Siapa Ima Hamdan?

DARI SEGI UMUM

Saya bukanlah sesiapa pun. Hanya seorang yang tidak dikenali ramai dan tidak mempunyai kawan yang ramai. Juga bukan seorang yang berpendidikan tinggi. Cuma seorang penulis blog jalanan separuh masa dan penjual kasut secara online sepenuh masa buat masa sekarang lah. Akan datang? Saya pun tak tahu saya ni siapa. Mungkin ‘business woman’? Mungkin kuli? atau mungkin suri rumah saja? Entah.

Saya memang suka menaip. Jadi, jangan pelik kenapa entry saya semua panjang-panjang. Itu memang hobi saya. Kalau suka, teruskan membaca. Tak suka, kenapa masih baca lagi? Hahahah.

DARI SEGI PERIBADI

Hai. Cukup kenali saya hanya dengan panggilan “Ima” ataupun “Miss“. Berumur 21 tahun pada 11 Disember 2017. Jadi, saya baru berumur 20 tahun 4 bulan masa saya tengah update story ni. Merupakan anak bongsu yang sangat manja dan dimanjakan tapi tak macam budak sekarang. Sukakan perhatian yang lebih dan paling cepat merajuk yang senang dipujuk. Seorang yang berhati tisu dan akan menangis bila nak marah. Akhirnya air mata je yang mengalir. Marahnya tak. Saya pun tak tahu kenapa. Memang macam tu kalau dah terlalu marah. Pelik kan? Okay. Haha ( gelak tak ikhlas )

Lagi? Esok esok je lah saya sambung. Dah pukul 12.52 am ni. Tidur dulu. Bubye.

Okay sambung…

Mungkin ramai lagi yang masih belum mengenal lebih dalam siapa saya yang sebenarnya. Tapi perlu ke saya cerita kat sini ya? Emm serba sedikit boleh kot supaya tidak dinilai dari luaran sebelum mengenal dalamannya.

Panjang sebenarnya kalau nak diceritakan. Tu lah, dulu kat sekolah cikgu selalu suruh buat karangan panjang-panjang. Nahh terbawa-bawa sampai sekarang. Hehehe. Takpe lah, terus je lah baca dari segi sosial pulak bawah ni.

DARI SEGI SOSIAL

Saya memang seorang yang sukakan hiburan daripada ketenangan. Maksudnya? Lebih cenderung kepada aktiviti yang lasak, bersiar-siar, berenang, hiking or climbing dan yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang sampai sanggup keluar sorang-sorang jalan-jalan tanpa tujuan. Jalan je ikut suka hati nak ke mana. Boleh lah didefinisikan sebagai Mat Dan┬á“Kaki Jalan”.

Tapi dengan siapa selalunya? ONLY WITH MY FAMILY. Dan kadang-kadang tu dengan cousin je lah. Nak keluar dengan orang yang tak kenal? Lagi lah jangan harap. Nak keluar dengan kawan sendiri pun, bertubi-tubi soalan yang akan ditanya nanti. Apatah lagi dengan orang yang baru kenal atau tak kenal langsung. Siapa yang tanya? Siapa lagi kalau bukan bodyguard saya. Abah dan Abang. But I understand why. Tak kisah pun. Sebab keluar dengan keluarga sendiri lagi seronok. Tak payah keluar duit. Lol ­čśŤ

Tiada siapa lagi yang lebih penting berbanding keluarga sendiri. Mungkin jarang-jarang orang berhibur dengan family, apatah lagi nak berkumpul selalu. Majoriti mesti akan berseronok dengan kawan atau sesiapa sahaja dan bukannya family atau adik-beradik sendiri. Boleh dikatakan semua buat hal sendiri. Bapak keluar mengopi dengan kawan. Mak buat kerja sorang-sorang dekat dapur. Abang kakak sibuk dengan hal kawan-kawan sendiri. Yang si adik pulak 24 jam depan tv dan main game, tak pun bebas jugak main dengan kawan-kawan. Am I right? Boleh dikatakan 90% betul apa yang dilalui semua orang di luar sana.

But not me and my family. Bila waktunya kami berkumpul? Setiap hari dan setiap masa. Okey, mari saya cerita sedikit kehidupan dan rutin harian saya bersama keluarga. What a nice and beautiful family!

Oh ya, sebelum tu. Mama saya sudah pun pergi buat selamanya pada tanggal 7 February 2010. We miss you so much Mama. Semoga Mama sentiasa tenang di sana dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman. Gambar ini merupakan Gambar Keluarga untuk pertama kalinya dan tak sangka ianya juga menjadi gambar keluarga kali terakhir untuk kami semua. Gambar raya tahun 2009.  Jadi, sekarang tinggallah kami berlima sahaja macam gambar di atas.

Okay, sambung lagi cerita tentang rutin harian saya…

Abah saya memang tak pernah melepak or mengopi kat luar dengan kawan-kawan. Hanya akan lepak dengan anak-anak dekat rumah. Pagi-pagi pukul 7.30 abah akan buat air panas untuk setiap seorang dan minum sama-sama sebelum abah pergi kerja. Tengah hari abah akan balik dan makan tengah hari sama-sama dekat rumah. Lepas abah balik kerja, pukul 6 petang abah buat minum petang pulak. Dan sebelum tidur, pukul 10 buat air lagi untuk minum malam.

Pada waktu minum malam itu lah waktu melepak kami yang paling lama. Terkadang sampai pukul 2 ke 3 pagi! Waktu itu lah untuk berkumpul, bercerita, mengadu, bertanya pendapat, berkongsi pengalaman, berkongsi cerita, bergelak tawa dan segalanya. Bukan waktu itu je, tapi tiap kali waktu minum ­čÖé Kalau ada duit sikit, lepas je abah balik kerja pukul 5 tu, semua akan bersiap-siap dan abah ajak keluar makan ataupun jalan-jalan sampai lah tengah malam. Itu rutin harian untuk hari bekerja isnin – jumaat lah. Hari sabtu ahad lain pulak rutinnya ­čśë

Kalau hari sabtu dan ahad pulak aktiviti bebas. Tapi masih rutin yang sama. Pukul 8 pagi abah akan buat air dan kejut semua orang untuk sarapan sama-sama. Pukul 10 akan buat air lagi untuk minum pagi dan lepak-lepak kat dapur, sembang-sembang, sampai lah air habis. Kadang-kadang sampai buat air lagi┬áuntuk pusingan kedua. Sebab sembang tak habis lagi, tapi air dah habis! ­čśÇ

Lepastu berkumpul lagi untuk makan tengah hari pukul 1 ke 1.30 macam tu. Kalau hari cuti, minum petang dalam pukul 4 ataupun 5. Sembang-sembang lepak sampai maghrib. Macam biasa, pukul 10 akan bancuh air lagi untuk minum malam a.k.a ‘melepak’ sampai tengah pagi. Ini kalau takde aktiviti luar lah.

Tapi selalunya sabtu ahad tak pernah duduk rumah. Mesti akan keluar sama ada jalan-jalan tanpa tujuan, tengok wayang, jalan-jalan cari makan, ataupun round cari Mr. Diy abah. Hahaha. Kadang-kadang sampai sanggup pergi jauh-jauh semata-mata nak cari makanan yang sedap dan tempat tu mesti kena ada Mr. Diy sekali! Okey, itu lah waktu untuk release tension dan bebaskan fikiran masing-masing. Pergi ke mana saja ikut rasa hati.

Itu lah sedikit sebanyak tentang diri saya dan keluarga kecil saya dari segi sosial. Rasanya dah boleh kenal kot serba sedikit siapa diri saya. Bersosial dengan family dan bukannya dengan kawan atau kekasih. Sebab saya lebih bahagia dengan family┬áberbanding kawan-kawan. Kawan banyak lupa kawan. Family tak pernah lupakan saya! Sangat bersyukur lahir dalam keluarga yang satu dalam seribu ni. Terima kasih mama. Terima kasih abah. I’m proud to be your daughter!

Okay. Assalamualaikum.

“JOIN MY FAMILY, FEEL THE DIFFERENCE!” – Miss