Welcome To Ima Hamdan Blog

Assalamualaikum dan Selamat Sejantera kepada semua pengunjung blog Ima Hamdan. Blog ini telah ditubuhkan sejak tahun 2011 yang sebelum ini merupakan sebuah blogspot dan telah diperbaharui menjadi dot com pada tahun 2017.

Memandangkan posting-posting lama di blogspot tak dapat dipindahkan di sini. Maka dengan itu, terpaksalah bermula dari zero kembali untuk membuat semula post-post terbaru di sini. Sedih jugak la! Sebab rating blog dah naik. Sekarang blog ni ibarat baby baru lahir. Takpe lah. Semua tu dugaan.

Tak mengapa, blog pertama saya masih wujud! Iaitu Ruang Miss Blog yang sebelum ini dinamakan Superawk dan ditubuhkan pada tahun 2010. Superawk? Apa tu? Masa tu baru nak meningkat remaja. Biasalah, nama pun letak pelik-pelik. Macam mana boleh letak nama tu? Sebab saya sukakan brand Superman dan perwatakan saya agak Rock ketika itu. Jadi, bila nama tu bergabung, maka ia meletuppp! Eh? Tetiba. Hahahaha

Tapi sayang. Blog tu sudah pun terbiar sejak saya habis sekolah pada tahun 2013. Dan terus ‘busy’ sampai lah sekarang. Dulu, blog saja lah teman sepanjang hari dan menjadi tempat luahan hati. Kerana blog saja yang sudi dengar luahan hati saya. Hahahah bergurau okay.

Saya tak akan buang blog tu sebab dulu rating blog tu pernah naik 1/10 dan blog tu terlalu banyak info dan kenangan. Eh, ingat senang ke nak naik rating walaupun satu? Ahli blogger je tahu betapa susahnya nak dapatkan rating tu. Walaupun rating blog tu dah turun jadi kosong, saya akan tetap biarkan ia wujud selamanya. Sudi-sudikanlah jenguk blog yang tak seberapa tu kat SINI 🙂

Ima Hamdan Blog ni sebenarnya blog kedua saya. Kenapa sampai ada dua blog? Sebab masa tu terlalu obses dengan blog, maka wujudlah blog kedua. Kalau tak silap, pernah ada yang ketiga. Tapi dah delete sebab tak sempat nak handle sekali tiga. Tamak sangat. Lastnya? Semua terbengkalai. Nasib tak terkubur lagi. Heheheh

Saya memang suka bercerita. Tapi ditangan. Tidak dimulut. Maksudnya, saya pendiam tapi saya sangat suka bercerita melalui karangan. Dulu teringin sangat nak ambik sastera, tapi tak dapat. Sebab sekolah saya tak ada aliran sastera. Jadi, di sini sajalah tempat saya menghasilkan karya dan cerita ikut suka hati saya 😀

It’s 2017. Tahun baru. Semestinya banyak kisah baru, cerita baru, kenangan baru, hidup baru, semua baru dan segalanya bermula di sini…..